👩🦱 Kisah Mariam & Hakim
Malam itu sunyi. Mariam baring di sebelah anak-anaknya yang sudah lena. Matanya terbuka, memandang siling. Hatinya kosong. Bukan sekali, tapi berkali-kali dia pernah meminta pelukan dan belaian dari Hakim. “Abang… temankan saya malam ni. Saya rindu abang.” Tapi jawapan Hakim tetap sama — “Abang penatlah. Esok kerja lagi.” Hari berganti bulan, bulan bertukar tahun. Hakim semakin biasa tidur sendirian di bilik kerja, meninggalkan Mariam tidur bersama anak-anak. Kerana kesunyian lah Mariam mengambil keputusan tidur bersama anak-anak setelah suami yang dinanti tidak muncul-muncul di bilik kelamin mereka. Hati Mariam makin tawar. Namun sebagai seorang isteri, tanggungjawabnya tidak pernah dia abaikan. Makanan tetap tersedia, baju suami sentiasa bersih, segala urusan rumah dan anak-anak — dari sekolah, klinik, taska, bayar bil-bil, membeli lauk sampailah servis kereta dan bayar roadtax — semuanya di bahu Mariam seorang. Hakim hanya uruskan dirinya sendiri, seperti lelaki bu...